ROCK MALAYA

ROCK MALAYA

Sunday, 1 January 2012

MINAT LAGU ROCK KAPAK


Aku minat lagu2 rock ni sejak aku darjah 6 lagi masa tu aku terjumpa satu kaset lama kat rumah aku dlm kaset tu ada lagu rock 90an antaranya EYE-izinkan selamanya namamu dihati, LEON-merisik rindu, ARROW-aku x marah, SLAM-jika kau rasa getarnya, LESTARI-mahligai dari airmata, SCAN-kau dipaksa aku terpaksa, SAMUDERA-silaturahim dan lagu2 lain yg aku x ingat...aku dengar jer lagu ni terus aku minat rock kapak dan sampai sekarang aku masih menkaji lagu rock kapak lagi2 dari malaysia dan singapura ternyata beribu-ribu lagu rock yg aku x pernah dengar, dan x pernah dengar nama kumpulan ni mcm JUSTICE,TRUST,TZ,LIPANBARA,MISTERI,ETIKA,JITU,EKA.OZON,SUSILA,AROMA dan banyak lagi tak terhingga!!  yang lagi bestnya kesemua kumpulan dari malaysia dan singapura. aku suka sangat nak tahu sejarah2 band rock ni macam nak tahu ahli2 band, album ,nama asal band dan lain-lain lagilah jadi aku selalu pergi ke wikipedia ataupun http://muzikrock.com/ untuk cari maklumat tentang band2 ni. kalau seandainya kat malaysia ni ada buat program tv tentang sejarah rock kapak geranti aku jadi juara! sesiapa yg nak tanya aku pasal rock kapak jgn segan silu tanya jer kat aku insyaallah aku boleh jawab.

Saturday, 31 December 2011

CERITA PASAL KUMPULAN AXTHARA/SAMUDERA/X-RAY


aku rase ramai yg tau lagu salam sejahtera ataupun titian hasrat yg dinyanyi oleh kumpulan samudera lagu nih wajib nyanyi bila kat karok(karaoke). tetapi x ramai tau asal usul kumpulan nih kan first nama band ialah AXTHARA kira band ni nyanyi lagu yg rock kapak lah antara lagu2nya popular ialah cerucuk rapuh mengugur impian,seja satu persinggahan dan di alunan rindu anyway lagu2nya smua best lepas tu bertukar pulak kpd SAMUDERA band ni memang top habisla mendendangkan lagu2 jiwang tapi layan... kebanyakan lagunya jadi pilihan ketika karok lepas tu pulak ujang iaitu vokalist band ni buat band bersama X-RAY band ni x berapa popular macam samudera tak tau lah kenapa?, lagu band ni lebih kurang jer dgn samudera lagu2 jiwang antara lagunya yg popular ialah tak ku sangka ,mekar di jiwa dan selaut kasih. ape2 pun ketiga-tiga nih kumpulan tetap manjadi pujaan aku.

AKHIRNYA AKU ADA BLOG SENDIRI

blog yg aku buat nih lebih kpd seni, seni? seni apa? seni tentang kehidupan kat dunia yang penuh pancaroba contohnya gambar kat atas iaitu kumpulan SYJ(sofea) ialah rock lagenda yang top zaman 80an lagu2 kumpulan ni yg popular macam suratan perpisahan,bunga padang pasir dan syurga di hujung jarum menjadi halwa telinga anak2 muda ketika itu.