


Aku minat lagu2 rock ni sejak aku darjah 6 lagi masa tu aku terjumpa satu kaset lama kat rumah aku dlm kaset tu ada lagu rock 90an antaranya EYE-izinkan selamanya namamu dihati, LEON-merisik rindu, ARROW-aku x marah, SLAM-jika kau rasa getarnya, LESTARI-mahligai dari airmata, SCAN-kau dipaksa aku terpaksa, SAMUDERA-silaturahim dan lagu2 lain yg aku x ingat...aku dengar jer lagu ni terus aku minat rock kapak dan sampai sekarang aku masih menkaji lagu rock kapak lagi2 dari malaysia dan singapura ternyata beribu-ribu lagu rock yg aku x pernah dengar, dan x pernah dengar nama kumpulan ni mcm JUSTICE,TRUST,TZ,LIPANBARA,MISTERI,ETIKA,JITU,EKA.OZON,SUSILA,AROMA dan banyak lagi tak terhingga!! yang lagi bestnya kesemua kumpulan dari malaysia dan singapura. aku suka sangat nak tahu sejarah2 band rock ni macam nak tahu ahli2 band, album ,nama asal band dan lain-lain lagilah jadi aku selalu pergi ke wikipedia ataupun http://muzikrock.com/ untuk cari maklumat tentang band2 ni. kalau seandainya kat malaysia ni ada buat program tv tentang sejarah rock kapak geranti aku jadi juara! sesiapa yg nak tanya aku pasal rock kapak jgn segan silu tanya jer kat aku insyaallah aku boleh jawab.